Monday, May 10, 2010

Love u, ayg

7 May 2010 (Jumaat)- Hari paling indah selepas 4 tahun aku menunggu. Alangkah bahagianya hari ini kerana ini lah saat aku melepaskan sedikit rasa hati yang amat terpendam untuk mu. Hari ini aku menemuimu seperti yang kita janjikan. Terima kasih kerana masih sudi menemuiku walau tiada lagi ikatan antara kita. Namun aku tahu kau masih menganggapku seorang insan yang gagal dalam mengalas tanggungjawab yang telah engkau berikan. Namun aku harap kau maafkan aku dan sudi menerimaku kembali.

Terkejut aku melihatmu tika itu, kerana kau benar-benar tidak seperti yang aku temui setahun lalu. Susuk badanmu benar-benar susut. Mengapa ayg, apa yang terjadi padamu? Adakah sesuatu hal yang tidak engkau nyatakan padaku? Atau adakah sesuatu berlaku padamu? Namun mendengar penjelasanmu membuatkan aku faham apa yang terjadi namun sejujurnya aku menyalahkan diri ku. Gagal membahagiakanmu. Jelas terlukis diwajahmu betapa engkau sunyi dalam hidupmu dan betapa engkau letih dalam pengorbananmu. Namun aku berharap saat itu, kau punya teman untuk berbicara. Aku harap aku boleh menjadi pendengar setiamu walau jarak memisahkan kita.

Tak terkira terima kasihku padamu kerana itulah yang dapat aku nyatakan. Perasaan yang tak tergambar dihati, betapa aku bersyukur masih dapat berhadapan denganmu, bagaimana mulianya engkau ku anggap terletak di puncak hati, dan tak salah rasanya tempat itu teristimewa untukmu selama ini. Dan pastinya tidak ada penganti untuk itu. Walau apa jua keadaan kita, ketahuilah bahawa hanya engkau di sanubariku.

Tak terjangkau difikiranku bahawa engkau boleh mengajakku menghantar ibu bapamu ke lapangan terbang. Mungkin biasa bagimu atau sengaja aku tidak dapat membacanya, namun aku gembira. Gembira kerana kau bisa melakukannya. Kau nyata setulus yang aku kenali, kau nyata secantik aku dambakan. Dan carakau mengambil berat tentang keadaan ku yang belum pulang benar-benar menjatuhkanku. Benar-benar puteri yang lama aku inginkan.

Aku sendiri tidak tahu apayang aku coretkan. Mungkin kerana terlalu gembira. Atau aku terlalu rindukanmu. Namun ingin jua aku coretkan ini..

Terima kasihh kerana membenarkan aku melafazkannya. Lafaz yang benar tak terungkap selama 4 tahun aku dambakan untuk mengunggapkan padamu. Terima kasih. Tapi aku tak tahu adakah ada kesan dihatimu, atau kau sekadar ingin melihatku gembira buat seketika. Namun ketahuilah bahawa ia tulus dari hatiku buatmu. Kerana memang benar aku menyesali setiap perbuatanku dan andai ada ruang inign aku menebusnya buat kali terakhir. Aku mohon dan aku pinta bukan sekadar padamu tetapi pada Allah agar terbuka hatimu untukku dan menyatukan kita dalam sebuah ikatan hakiki yang diredhai. Moga doaku dimakbulkannya.

salam sayang, salam sha3z forever