Friday, October 29, 2010

Berakhirnya Tragedi Oktober

Salam..

Lama rasanya jari ini tidak menari disini. Terlalu sibuk dengan tugas harian dan impian memilikimu.. Mungkin dari kejauhan tak siapa mengetahui mengapa aku terlalu memaksa diri ini untuk bekerja tanpa henti.. Mengabdikan seluruh masa dan zaman muda untuk mengejar sebuah cita-cita. Tapi tak siapa mengetahui kenapa dan mengapa aku berbuah demikian.. Biarlah ini tinggal rahsia yang hanya aku yang tahu...

Terlalu perit rasanya melalui Oktober.. Tidak kira bila dan dimana. Oktober pasti sebuah saat yang penuh liku dan jerih yang sukar diceritakan. Tak siapa dapat memberikan jawapannya. Dan yang pasti tak pernah pula aku bersunggut dan bertanya kenapa.. Sudah pasti bagi diriku inilah saat dimana Allah menguji kesabaran hambaNya ini yang kerdil dan hina.. Namun semuanya pasti berakhir selepas 26 Oktober.. Entah mengapa.. Mungkin inilah petanda bahawa dikau terlalu istimewa buatku..

Tidak mahu aku mengungkit Oktober itu.. Kerana kini sudah November. Satu bulan yang amat penting buatku pada tahun ini.. Inilah permulaan segala tugas pemasaran produk yang semestinya memerlukan aku menumpukan sepenuh masa untuk segalanya keatas tugasku ini.. Tidak mudah bekerja sebagai seorang yang merangkap tugas penting di sebuah syarikat yang sedang berkembang maju. Memikirkan semua ini kadang kala aku seperti mengeluh. Namun apabila tiba saat itu, aku pasti menghubungimu. Walaupun tiada lagi nada manja darimu. Namun cukup untukku menghilangkan segala penat lelah yang selama ini aku ikhtiarkan.

Tidak pernah aku faham kenapa hanya engkau seorang insan yang mampu menenangkanku. Tak kira berapa penat dan kritikal keadaanku pada sesuatu masa, apabila mendengarkan suaramu pasti aku sejuk dan kembali tenang. Syukurku pada Mu ya Allah kerana menemukan aku seorang insan yang sentiasa menenangkan aku dan sentiasa menyejukkanku. Terima kasih buatmu ayang kerana setia mendengar walaupun pada hakikatnya aku mengharapkan kau masih bersamaku.

Kalam akhir sebelum ku menutup kalam ini, ku harapkan kau bahagia dan selamat senantiasa. Aku harapkan kau tetap akan mampu mendengar dan menyejukkanku.. Terima kasih ayang..