Hari ini aku bertanya lagi tentang kelemahan diri ini..
Aku memang sibuk kebelakangan ini. 2 minggu ini aku boleh dikatakan tidak lekang di pejabat. Ada sahaja tempat dan lawatan tapak yang terpaksa aku pergi. Samada ke Sabak Bernam atau ke Cameron Highlands. Dan mungkin mulai minggu depan aku akan mula ke seluruh Perak kerana baru tadi aku menerima surat kebenaran memasarkan produk syarikat ke seluruh Perak. Jadi bagaimana agaknya nanti jika puteriku kembali? Adakah ada masa untuknya dalam kesibukkanku atau dia akan diabaikan?
Ayang..
Jawapannya telah aku sediakan sebelum aku mengatur hidup kita. Menjadi sebuah keluarga bukanlah sesenang yang kita titipkan. Namun ia seluas lautan yang tak terenang, sebesar bumi yang tak terpeluk. Namun aku pasti merenangi setiap lautan yang ada dan sentiasa ingin memelukmu walau apa yang terjadi.
Kerjayaku kini benar-benar setangga dari kejayaan yang tidak mungkin digambar. Kerana bagiku tidak ada kejayaan selagi kembali memilikimu dan membahagiakanmu. Dalam setiap apa yang aku dambarkan dalam hidup dan nyawa ini, tidak ada apa yang boleh memisahkan dan membenarkan kejayaanku, kerana kejayaanku hanya termaktub jika aku kembali memilikimu dan membahagiakanmu sehingga hujung nyawamu. Biar aku menitis air mata atau berdarah salur nadi ini namun itulah noktah kejayaanku.
Hidup sibukku sementara. Hingga aku menikahimu. Kerana saat itu aku akan kembali normal dalam menjalankan kerjayaku dan menguruskan segalanya. Aku juga ingin melihatmu setiap malam tidurku, menjadikan tanganku alas bantalmu, menjadikan tubuhku selimut mimpimu. Kerna saat aku menikahimu aku ingin benar-benarberjaya dalam bidupku agar aku dapat melihatmu bahagia dalam segala erti. Bukan kemewahan yang aku janjikan namun kesederhanaan dalam segalanya. Kerana itu, aku berusaha sekerasnya untuk menjaminnya.
Kekadang aku tergelak juga sendirian, mengingati bagaimanan keadaan kita semasa cinta kita mula berputik dizaman persekolaha. Betapa kau memahami keadaaan dan keinginanku untuk menjadi seseorang yang sangat berguna. Betapa setia kau menemani setiap langkahku walaupun dari jauh dan setiap kata-katamu menjadikan aku kembali kuat untuk meneruskan keinginanku dan tanggungjawabku. Hingga kini tak dapat aku nafikan bahawa tiada penganti untuk dirimu.
Satu masa, aku masih ingat ketika aku terlalu letih dalam menjalankan tanggungjawab dan sibuk menguruskan satu program. Kelas dan pelajaran aku asingkan seketika, dan engkaulah yang sentiasa menyediakan nota untukku supaya sempat aku menelaah pelajaran. Setiap apa yang tidak sempat aku pelajari, engkaulah yang sudi mengajarku. Namun, yang paling aku ingati, apabila suatu hari aku masuk ke kelas dengan keadaan marah dan tidak ada seorang pun yang berani menegurku. Namun kau, sebagai seorang insan yang tahu kedudukanmu dihatiku, menegurku dan menasihatiku agar bersabar. Kau menceriakan dengan hanya satu persoalan, "awak sayang saya kan?". Dan hanya senyumanmu yang kau ukirkan. Ayang, aku amat merinduimu.
Jika kau masih ingat pertama kali kau mendorongku menyayangimu adalah dengan sesuatu kejadian yang takkan aku lupakan. Majlis Makan Satay. Sungguh aku penat berlari dan mengarah majlis, tidak menang tangan aku saat itu, keletihan nyata tergambar diwajahku namun tiada siapa menyedarinya. Kebetulan satu saat, ada kerusi kosong disebelahmu, dan aku mohon agar dapat aku berehat sebentar. Dan engkau membenarkannya. "Duduk la sekejap, rehatlah, nampak penat sangat tu" Dan betapa bersyukurnya aku mendapat layananmu dan keinginanu makan berhadap denganku. Namun apakan daya, tak tercapai. Hanya mata yang menghadap kerana tiada tempat. Tapi memori itu akan terus ku simpan dan kubaja dihati.
Aku mengetahui bahawa kau cukup memahami keadaanku dan kau memang memahami ku. Andai bisa aku undur masa, ingin aku ulangi setiap keadaan dan masa itu.
Ayang,
Tiadakah ruang lagi dihatimu untukku? Andai masih bersisa berilah aku satu kesempatan untuk menebus segala kesalahanku. Berilah aku peluang untuk mengubati setiap luka. Ayang, ketahuilah bahawa cinta ini takkan pudar buatmu. Tidak pernah hati ini berpaling dari mencintaimu. Kerana dari hari pertama aku mengetahui bahawa engkau juga mencintaiku, aku amat mencintaimu walau apa jua keadaanku. Ayang, tidak pernah hati ini berubah darimu kerana hanya engkau bertahta dihatiku. Dulu, kini dan selamanya..
salam sayang, salam sha3z forever