Tak pernah dapat ku bayangkan betapa hati ini perit dalam menjalani hidup seharian. Betapa aku keletihan dalam menjalani tugas seharian. Walaupun banyak yang menyatakan aku patut berehat.. Patutkah aku berehat? Kerana tugasku belum selesai. Ini bukanlah tugas mudah yang boleh dibiarkan tanpa hari yang tidak aku memikirkan tentang kerja. Jadi walau bagaimana keadaan sekalipun aku tetap dan terus menerus mengerjakan kerja ku ini sampai suatu masa yang bila mana aku dapat melihat hasilnya dan pada ketika itu aku akan bercuti untuk beberapa masa. Kerana disitulah letaknya kepuasan diriku. Suatu hari nanti aku pasti, aku akan mencapainya. InsyaAllah.
Namun bukan itu yang aku ingin coretkan. Tetapi suatu kejadian yang tidak pernah kusangkakan dalam hidupku yang akan terjadi sekali lagi. Mungkin inilah yang dikatakan takdir dari Illahi dan aku percaya dan yakin inilah takdirNya. Tidak pernah aku terfikir untuk menyayangi insan lain selainmu. Namun selepas suatu malam bila mana aku tahu kau bahagia dan akan mengikat tali pertunangan dengan seorang insan, aku jadi kelam. Tanpa arah aku menuju ke destinasi yang tak juga aku ingati. Namun apa yang bermain di fikiranku ketika itu, akan terus dan tetap tersemat disanubariku..
Entah dari mana aku merasakan aku harus membiarkan dirimu bahagia. Biarlah kau lalui apa jua keadaan liku hidupmu. Dan aku tetap akan terus memerhati keadaanmu dari jauh sebagaimana yang sedang aku lakukan sekarang. Aku tetap tega menjadi insan yang sentiasa bersedia mendengar apa jua khabar dan berkongsi segalanya dengan dirimu. Namun apa yang bakal berubah adalah aku tidak akan menunggu lagi. Aku jua harus memikirkan tentang masa depanku. Aku jua memerlukan satu bahu untuk menjadi tempat untuk aku menangis. Satu tangan yang akan mengangkatku jika aku jatuh kerana aku tidak mampu lagi menanggung segala keadaan dan tekanan yang aku hadapi. Segala tugas dan bebanan ini harus ada tempat untuk ku luahkan. Dan aku sedar aku tidak akan mampu lagi untuk sering menganggu mu bila aku memerlukannya.
Sungguh aku kecewa. Penantianku tak jua membuahkan hasil. Namun aku gembira sekurang-kurangnya aku mampu menunaikan kata-kataku untuk menunggumu sehingga kau benar bahagia. Dan aku pasti sinar bahagia itu akan menjadi milikmu. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih akan kebenaran dan terima kasih atas pengalaman. Kini aku bakal membuka lembaran baru. Mencari sebutir permata dikeliling kaca. Aku harapkan aku berjaya menemuinya. Kerana aku sedar walau bagaimana permata yang aku temui nanti tidak akan sama dengan kilauanmu.

No comments:
Post a Comment