Monday, November 1, 2010

November Ini

Entah mengapa aku merasakan awalnya November ini begitu membosankan.. Dengan tugas yang sentiasa bertimbun di meja.. Kertas-kertas kerja yang tak pernah habis. Keadaan yang amat membosankan dipejabat.. Aku bosan, bosan dengan keadaan sekeliling yang sentiasa menekan dan memerlukan aku berfikir apa langkah seterusnya yang perlu aku lakukan tentang kerjaya dan perkembangan syarikat. Mungkin inilah tanggungjawab yang terbesar dalam sesebuah organisasi.

Memang dulu aku juga pernah memegang beberapa jawatan penting dan sentiasa sukses dalam setiap tugas. Namun ia cukup berlainan dari keadaan sekarang. Kerja.. Memang tak dapat ku akui aku seorang yang workaholic tapi tidaklah sampai lupa makan, minum, tidur dan hidup. Kadang kala aku tertanya juga dalam diri aku apakah pandangan orang nanti. "Tak de benda lain ke mamat ni nak buat selain pada kerja". Tapi akhirnya pendirian aku tetap utuh untuk mengejar cita-citaku. Biarlah aku dipandang serong atau apa jua pandangan sekali pun. Yang penting "Aku Tetap Aku".

Dalam tugas yang semakin bertimbun ni, aku rasakan sesuatu yang amat pelik tentang diri ini. Semakin hilang ingatan ku padanya. Pada insan yang sentiasa aku harapkan. Mungkin hati ini beku selepas bicara terakhir dengannya beberapa minggu lalu. Biarlah dia bahagia. Tidak perlu ku memujuk lagi rasanya. Mengapa ingin aku biarkan hati ini hancur setiap kali ku mendengar suaranya, ceritanya. Tapi itu pilihanku, tidak pernah aku salahkan dirinya. Namun aku tak mengerti, mengapa tiba-tiba kurasa hilang semua keinginan itu, kemana hilang harapan yang menggunung selama ini. Adakah sudah masanya Allah bukakan hatiku untuk menyayangi seorang insan lain.


Mengapa tiba-tiba aku merasakan ada bahagia yang bakal menanti hidup ini. Sentiasa aku rasakan ada satu tangan yang bakal menyambut tanganku. Meletakkanku ke sebuah bangku yang telah lama aku tinggalkan tetapi bangku disebelah dibiarkan kosong. Dia lantas duduk di lantai dan dilentokkan kepalanya dipahaku. Dan tiba-tiba ku rasakan kerusi di sebelahku hilang. Dan insan ini tersenyum memandangku dan membiarkan ku binggung. Entah apa maksud semua ini, tak dapat ku fahami.

Namun, biarlah ku biarkan rasa hati ini. Biarlah ku teruskan kerjayaku. Biar ku tuju cita-citaku. Andai benar ada yang tercipta untukku, aku redha dengan ketetentuanMu ya Illahi.

Salam Kenangan..



No comments:

Post a Comment