Kadang kala aku terfikir bagaimana agaknya hidup tanpa sebuah kejayaan? Tapi.. apa yang dimaksudkan dengan 'kejayaan'? Dan adakah 'kejayaan' titik noktah kehidupan atau adakah 'kejayaan' sebuah permulaan kehidupan? Tapi.. soalan asal belum jua terjawab. Apakah dimaksudkan 'kejayaan'?
Jangan bermimpi untuk menyatakan kejayaan adalah sebuah batu pengukur untuk kehidupan kerana anda sendiri tidak mampu mengukur kejayaan. Dan bilakah masa dan ketika bila anda boleh mengatakan bahawa anda sudah berjaya? Dan mampukah anda tersenyum dengan kenyataan anda itu?
Satu persoalan yang sentiasa bermain di fikiran ku adalah jika anda berjaya hari ini, adakah anda berjaya untuk hari esok? Dan adakah kejayaan hari ini menjamin kejayaan seluruh hidup ini?
Mari aku bawa sebuah kisah yang namanya dirahsiakan..
Seorang pelajar memperolehi 20A1 semasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kegembiraan seluruh Malaya atas kejayaannya. 'Kejayaan' yang paling besar dalam hidup namun 3 tahun kemudian, dia gagal(aku sakitkan kepala korang dengan soalan ni nanti) dalam kehidupan universitinya. Jadi dimana kejayaan 3 tahun lepas yang dikecapai dalam SPM. Dah heboh satu dunia tentang 'kejayaan besar'nya tiba-tiba gagal. Dan meratapi seluruh kehidupan atas sebab kegagalan selepas kejayaan. Dan akhirnya soalan itu kembali lagi.. Dimanakah kejayaan?
Pening bukan? Tapi itulah realiti yang ingin aku tanyakan tentang 'kejayaan'. Satu sebab sahaja sebenarnya kenapa soalan ini aku ajukan. Semuanya kerana kehidupan akan menangis atas kegagalan yang kita hadapi walau sebesar mana jua keajayaan yang telah kita kecapi. Jadi kepada sesiapa yang boleh meng'hurai'kan maksud kejayaan silalah. Harap-harap boleh kita betukar pendapat mengenai ini. Akhir kata
Salam Sayang, Salam Sha3z forever
No comments:
Post a Comment