Dalam umur yang semakin berusia.. Aku tetap mengingati sebuah kisah yang takkan pernah aku lupakan. Sebuah kehidupan yang penuh kebahagian yang pernah aku kecapi. Tapi sayang, usia muda yang membuat aku gagal dalam mengawal segalanya. Bukan usia yang aku salahkan, tetapi 'aku'. Kegagalan perbuatan dan fikiran yang takkan aku maafkan dalam hidup. Sebuah kegagalan yang akan aku ratapi sepanjang hidup dan usiaku.
Biar apa kata insan lain, namun aku tetap aku.. Aku yakin bahawa inilah penyesalan terbesar dalam hidup yang terlalu bodoh aku lakukan. Melepaskan sebuah peluang memiliki seorang puteri yang tak mungkin aku temui lagi. Terlalu indah mengingatinya. Terlalu indah memilikinya suatu masa dulu. Dan andai diizinkan, ingin sekali aku memilikinya kembali.
Namun, betapa aku sedar akan hidup, aku tidak pernah akan punya peluang kedua dalam hidup untuk memilikinya kembali. Tetapi biarlah aku menanti, agar suatu hari aku tahu bahawa aku benar-benar tidak dapat memilikinya. Biar cinta itu membunuhku. Biar hati ini mati dalam penantian yang pasti. Aku tetap akan menanti.
Indahnya penantian ini, mimpi ini, hanya aku yang tahu. Dalam hati ku berbisik, dalam kalam ku berdoa agar ada ketika suatu hari nanti aku diberi kesempatan membuktikan betapa aku menyayanginya dan betapa aku menyelesali setiap perbuatan yang aku lakukan. Maafkan aku.. ampuni aku.. Biar aku menyatakan ini beribu kali, namun aku tetap akan terus menyatakannya. Hati ini akan terus menyesali perbuatan dan tingkah laku yang terlepas.
Tidak kira dimana aku berada, hidup ini akan ku abadikan untuk mengingatinya, meratapi kehidupan yang aku lepaskan. Namun hidup tetap hidup, diteruskan tanpa ada raut penyesalan di wajah namun dihati, hanya aku dan Yang Maha Mengetahui mengetahuinya. Kuharapkan ada masa buatku menyayangi mu kembali. Dalam hati aku ratapi, dalam pasti aku mencari, hingga akhir ku tetap menanti..

Salam Sayang, Salam Sha3z forever..
No comments:
Post a Comment