Tuesday, March 15, 2011

Kesibukan Bukan Penghalang Cinta

Ayang..
Maafkan abang kerana dah berapa hari kita tak dating.. Abang terlalu sibuk dengan jadual kerja yang terlalu ketat. Kongkongan dan tekanan kerja abang begitu memeritkan hingga mengikat abang untuk tidak dapat melunaskan janji pertemuan kita. Abang tahu ayang memahami hal ini. Walaupun kadang kala ayang merajuk dan bagi ayat bukan-bukan. Tapi abang faham keadaan itu. Tekanan kerana tak dapat melepas rindu dan bersua muka. Kadang kala abang juga tertekan dengan keadaan ini. Tetapi maafkan abang kerana inilah kerjaya yang bakal menjamin cita-cita abang dan jua impian kita.

Abang harap ayang dapat meneguhkan kekuatan. Bersabar la sayang. Nanti bila dah kurang sikit kerja ni kita dating k.. Abang pun harap sangat menemui buah hati abang, menemui pemberi semangat abang ini.. Apa jua keadaan ini, Hati ini tidak pernah berubah dari menyayangi dan menyintaimu. Kecibukan ini benar-benar mengajar erti kerinduan abang padamu. Luv u ayang..




Wednesday, February 23, 2011

Happy Birthday Puteri Hatiku

Teristimewa Buat Puteri Hatiku,

Salam ayang
Dihari Lahirmu Ini
Izinkan aku meluahkan rasa hati
Sebuah rasa
Yang tak dapat digambarkan

Puteri Hatiku
Terima kasih kerana hadir dalam hidupku
Terima kasih kerana menyapaku
Terima kasih kerana menerima ajakanku
Terima kasih kerana menerimaku
Terima kasih kerana menyanyangiku
Terima kasih kerana mencintaiku

Tuan Puteri
Hamba ini berbesar hati
Menyerahkan tahta hati ini
Meletakkan kau di mahligai ini
Menjadikan kau puteri negeri ini

Tak pernah aku mimpikan
Menemui insan sepertimu
Tak pernah ku rasakan
Dapat menghidu lagi bayu cinta

Ayang.. Hadirmu dalam hidupku benar-benar membahagiakan ku. Ku temui semua kekuatan dalam diri ini. Ku mula bermimpi di hari-hariku. Terima kasih atas rindu, kasih, sayang dan cinta ini. ku harapkan kita bahagia selamanya. Menyulam cinta bersamamu begitu indah buatmu..

Ku doakan dihari lahirmu, moga kita sentiasa bahagia. Sentiasa berada didalam cinta dibawah naungan rahmat cintaNya, menghadapi hari-hari kita di taman rindu, mencapai impian hidup bersama. Abg doakan agar setiap apa yang ayang impikan akan tercapai dalam apa jua aspek.. Hidup dalam bahagia yang berpanjangan..

I luv u ayang.. Miss u a lot.. See u tomorrow my princess..

Ku Tatap Keduanya

Haaa... Seperti yang telah dijanjikan.. Citer pasal apa yang ma abah aku cakap plak.. hehe.. Betul2 gatal nak kawen da aku nie.. Hahaha... Ah.. tak peduli apa orang cakap.. Yang penting aku dah nak kawen.. Hehehe..

So, nak dijadikan cerita.. Aku pun melepak la dengan ma kat ruang tamu.. Pastu dari topik yang aku dah tak ingat, na tanya manenya gambar awek.. Mak aih, aku cakap.. Konfem nak start da ni.. Tapi dalam hati je la.. Hehehe.. Aku pun ambik la telefon tunjuk kat ma.. Pastu mula la ma dengan komen2 bernasnya. Hehehe.. Apapun dari perbualan tentang komen2nya ma aku ni, kesimpulannya... Heheehe..

"Baguslah kalau da jumpa yang betul2 berkenan. Comel jugak budaknya.. Pandai jaga hati x? Tahu tak kerja abg macam mana? Klu dah tahu dan pandai
ambik hati, jaga la elok2.. Aritue pun dah jumpa mama ayah die.. Harap2nya mama ayah dia tak de la masalah dengan anak ma nie.. Jaga hati orang tua dye tue.."

Hahaha.. Nasihat yang bernas kan? Hehe.. Apapun malamnya.. Abahku mula bersuara.. "Dah tau nak kat anak orang tue, pandai2 la simpan duit. Abg tue nak kawen orang jauh.. Belanjanya besar kan? Tapi jangan abaikan kerja.. Bercinta tue bercinta la, tapi cita-cita tue jangan lupa.. Jangan sebab gila kat perempuan, yang lain tinggal.. Abg tue kena beringat.. Abah taknak ada masalah didepan hari.. Sekarang yang penting.. KUMPUL DUIT.. Bagi cukup.. Jangan da masalah kemudian hari"

Aku yang mendengarnya agak menarik.. Lalu menanam tekad, mesti kawen.. hahaha.. Ma dan abah takde masalah langsung. Jadi apapun aku akan jaga hubungan ini seadanya.. Menyuburkannya dan mencapai matlamat mutlak dalam cinta ini.. KAHWIN dan hidup bahagia selamanya.. Hahaha..

Sabar.. Sabar.. Hari bahagia kita pasti kan tiba.. To ayg, I Love You..


Monday, February 14, 2011

Kepulanganku DiNanti

Jumaat yang lalu merupakan detik paling sengal dalam hidupku. Kesibukanku dalam urusan seharian menyebabkan aku terlepas keretapi ke Tanah Merah, Kelantan. Aku menjadi tak menentu. Buntu dalam janji seorang anak pulang ke kampung menemui ibu bapa dan janji seorang abang kepada seorang adik. Kelewatan terjadi pabila jam 2 petang, aku di'minta' menghantar bos ku ke sepang menghadiri satu meeting di Sepang Gold Course. Perghhhh... Wa cakap lu.. Tempat dye memang menarik. Harga bilik dye pun memang menarik r.. Haha.. Tapi itu bukan ceritanya. Tiket keretapi tak beli lagi ni. Jadi terpaksalah aku meminta insan tersayang membelikannya. Dengan penuh kesusahan dan kasih sayang, tuan puteri aku ni pun membelikan la. Balik pada aku. Sampai kat sana jam 3.30 petang. Bos aku cakap takpe, meeting kita wat setengah jam jer. Lepas setengah jam kita gerak balik sebab ada meeting kat office kul jam 6. Jadi dengan gembiranya aku pun menyakinkan diri, sempatlah aku berjumpa si puteri aku, ambik tiket, bercinta jap pastu g stesen ketapi..

TAPI.. Mak aih silap jangkaan bos aku biler meeting start kul 4.30. Pastu dalam kul 5 macam tue aku dapat call dari bos aku yang masa tue aku kat coffee house dan bos aku dalam bilik meeting mintak aku call orang yang nak meeting kul 6 anjak pergi kul 7. Aku dah pk mesti aku lewat punya. Masak la aku kali ni. COnfirm tak sempat nak nek katapi.

Dan.. Tepat jangkaanku. Kul 7 aku sampai ofis. Terus gerak g jumpa tuan puteri nak ambik tiket. Dalam 15 minit aku sampai. Macam orang gile aku bawak keta. Pastu sampai sana, tuan puteri lambat la plak. Adui.. Sakit-sakit.. Dah kecut perut nie. Dalam 7.45 minit macam 2 baru tuan puteri sampai. Tak sempat nak kata apa d
ah terus aku ambik tiket dan gerak. Tapi nasib tak menyebelahiku sampai kat kl sentral dah 8.30 sebab jalan jam. Masak aku wei..

Call ma abah.. Dorang pe lagi. Perli baik punya.. Nak balik ke tak nie? Aku pun dengan beranginnya cakap "Tunggu r jap". Pastu aku pun dapat la akal naik bas. Pe lagi an.. Terus tembak pergi hentian putra. Cari punya cari dapat la tiket kul 11.30 malam..

Call ma abah lagi.. Pastu dorang pun cakap "Buat kerja gile tol".. Aku dalam hati gelak.. Bila aku cakap aku nak, aku mesti ikhtiar macam mana pun.. Hehe..

Penat sangat kejar-kejar satu tetido dalam bas.. Apapun sampai dirumah aku disambut mesra keluarga. Gila bahagia. Dah r kat 4 bulan tak balik. Hehehe.. Apapun aku memberi sepenuh tumpuan pada mereka. Menghabiskan sebanyak masa dengan mereka. Dan yang paling penting.. Aku telah membincangkan hal yang penting itu., Hahaha.. Tunggu....

Thursday, February 10, 2011

Antara Kecewa Dan Gembira

Semalam (9 Feb 2011) merupakan hari yang paling menakutkan buat diriku dan sejarah hidupku tahun ini. Tak pernah terlintas di benak fikiran diriku untuk menemui ayah dan mak seseorang untuk meminta kebenaran membawa anak dara mereka pulang ke rumahku dan lebih tepat lagi. berjumpa ibu bapaku.. Warghhh.. Gile.. Dah lama tak wat kerja nie.. Hehe..

Tapi apapun ku gagahkan juga untuk memberi penjelasan sebaik mungkin dalam mendapat kebenaran itu. Ku harapkan mereka mengizinkan tetapi jauh disudut hatiku, aku dapat merasakan amat berat untuk mereka memberikan kebenaran. Segala kemungkinan sudah bermain di benak fikiranku. Haha.. Namun, misi diteruskan. Haha..

Sampai kat umah parents princess kul 9.30, lewat sebab ada kerja dowh.. Gile tol.. Time nak wak kerja diler ni la ader kerja plak.. Pastu sampai kat depan mama princess leh pulak phone bunyik2.. Nak buat business plak time tue.. Hati dah risau ni takut mama princess cakap "klu nak cibuk ngan phone tue g balik la" Tapi alhamdulillah takde.. Hahaha.. Lega2.. Lepas 10 minit baru la ayat disusun.. Bergetar siot suara aku tapi aku gagahkan jugak. Huhu..

Mula la penjelasan aku.. "Sebenarnya tujuan saya nak jumpa makcik ni, saya nak mintak kebenaran untuk bawak dye balik umah saya, jumpa family saya".. Skema xayat aku?? Hahaha.. Pastu bercerita dan memberi penerangan la aku nie.. Tup2 mama cakap, macam ni la, makcik tak berani nak bagi keputusan, jadi apa kata awak call cakap ngan pakcik. Aku pun sahut sekarang ker? Gile pe ayat aku. Cepat dowh..

Apapun call la, bersembang la aku dengan bakal bapak mertua aku nie.. Mula la kata2 nak membuktikan seriusnya aku nak bawak balik anak dye nie.. Last2.. jawapan berbunyi "Macam ni tak boleh la sebab umah family awak tue jauh sangat, macam ni la klu betul awak serius ngan dye, awak fikirlah cara macam mana nak jumpakan family awak dengan dye. Mungkin awak boleh bawak family awak datang cni dan jumpakan kat umah pakcik".. Mak aih.. Ni dah giler nie.. Pastu berakhirlah sebuah penantian. Hahaha...

Apapun, memang family dye tak bagi aku bawak anak dara dye pergi jumpa family aku tapi aku faham sebabnya. Sebabnya rumah aku punyalah jauh. Dan aku pun memahami bahawa family dye risaukan anak dara diorang nie.

However, mak ai.. Hahaha.. Apapun sekurang-kurangnya aku dah jujur ngan family dye. Dan menunjunjukkan rasa sayang dan cinta aku dengan anak dye bukan mainan semata-mata. Memang aku nak serius dengan anak dye. Aku harap mama ayah dye faham perasaan kitorang. Apapun alhamdulillah. Moga apa yang aku harapkan diredhai olehNya. Yang Maha Mencintai..


Sunday, February 6, 2011

Harapannya Untukku

Kasih..
Kau tahu manusia cuma lahir hanya sekali.. Hidup sekali, mati pun sekali, mencintai pun sekali

Kasih..
Cinta hanya bisa datang.. Dan tak bisa pergi.. Jika berlaku cinta berpisah.. Sesungguhnya hanya jasad aku saja yang tak menyatu.. Tetapi sungguh hatiku akan tetap menyatu ke hatimu untuk menjaga cinta yang jauh menyatu di dalam lubuk hatiku yang paling dalam.. Seumur hidup tak akan ada cinta yang kedua kalinya walau dalam kenyataan banyak orang hidup bersama dengan kerasukan cinta.. Sesungguhnya cinta kita tak akan pernah saling melukai.. Kerana bagaimanapun, apa pun prilaku dan tindakan orang yang kita cinta dapat kita maklum atau membenarkannya walau terkadang harus bertentangan dengan hati kita..

Cinta memang unik..
Mencintai beerti berani menepis segala kekurangan yang ada pada yang dicinta.. Kerana cinta adalah kerelaan memiliki hal apapun kepada yang kita cintai.. Awan cinta yang hakiki ibarat cinta pada sang pecinta di mana kita mahu dan mampu melakukan segala keinginannya dan takut untuk membantahnya dan tak kan pernah melihatnya sekali..

Kasih..
Kecuali nyawa ini semuanya telah ku serahkan kepadamu.. Di gengamanmu ku pertaruhkan kasih cinta ini.. Sebagai nahkoda kaulah yang menentukan ke mana arah bahtera ini harus kau sandarkan.. Semoga bahtera ini takkan pernah karam untuk selamanya.. Amin..


~Love U So Much~



Friday, January 28, 2011

Seminggu Yang Menyeksakan

Sudah agak lama aku tak mencoretkan kata-kata. Keadaan kesihatan yang tak mengizinkan menyebabkan aku berjauhan dengan pc ku. Inipun menggunakan si 'comel' yang dari tempat yang jua jauh dari pc ku. Namun kerana keadaan mata yang masih segar aku ingin coretkan apa yang telah terjadi seminggu yang lepas.

Kesihatanku benar-benar tidak mengizinkan. Demam yang ntah berjangkit dengan siapa bernanah hampir 8 hari ditubuhku. Aku tidak mampu ke pejabat. Apatah lagi meneruskan aktiviti seharian. Mujurlah 2 insan yang sentiasa menjaga dan mengambil berat mengenai keadaanku.

Thanks bos.. Because taking care of me. Bos akulah yang tolong aku masak setiap hari. Menyiapkan kerja-kerjaku dipejabat dan melaporkan segala urusan pejabat kepadaku. Setiap hari aku menerima report darinya. Dia jugalah yang menemankan aku ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), bertekak ngan doktor. Dan menunggu aku berjam-jam masukkan air dalam badan aku dan mengambil sampel darah. Alhamdulillah tiada virus atau jangkitan berat. Mungkin keadaan cuaca yang menyebabkan aku begitu.

Terima kasih ayg.. Oh ya.. Aku menemui cinta baru. Dan aku telah meletakkannya ditempat yang teramat tinggi dihatiku. Hehe... Dialah yang kadang kala menghantarkan makanan. Menemankan aku membeli barang kekadang dan memaksa aku makan kalau aku tak lalu nak makan. Hahaha... Dia jugalah insan yang memaksa aku pergi ke klinik swasta pada hari kedua aku demam sebab tak sanggup nak tengok aku menggigil. Kenalah sejarum ubat yang rasanya bertahan untuk 6 jam. Pastu aku demam balik. Hehehe..

Apapun sekarang alhamdulillah aku telah kembali normal. Dan sekarang aku berada di Sabah sejak kelmarin atas jemputan mesyuarat disini pagi tadi. Best la jugak. Tapi Sabah memang tak de apa-apa yang menarik. Mungkin sebab tugas so aku tak sempat nak kemana-mana, atau memang kat sabah ni tak best klu tak g ke pulau. Yang tu aku tak dapat nak pastikan. Apapun aku enjoy dan bersyukur sebab dah sihat.

Kepada yang tersayang, nanti abg balik, kita dating yer.. Hehehe...

Thursday, January 20, 2011

Sepi Memelukmu



Hayati lagu ni.. Suka giler lirik dye...

Izinkan ku menyentuh hatimu
Kerna hati telah tertawan
Kekasih ku merenung tiap persoalan
Disebalik mencari jawapan


Ketika mendambakan belaianmu
Yang terasa hangatnya asmara
Kekasih berikanlah kesempatan
Membuktikan hati kerinduan


Berikanlah daku secebis harapan
Untuk aku meluahkan perasaan kepadamu
Kekasihku tiap waktu merindumu
Hingga terlena dibuai waktu
Menunggumu kekasihku sehingga ke akhir hayatku


Berikanlah kesempatan
Membuktikan kerinduan
Tenang saja bisa lapang
Meluahkan perasaan


Berikanlah daku secebis harapan
Untuk aku meluahkan perasaan kepadamu
Kekasihku tiap waktu merindumu
Hingga terlena dibuai waktu
Menunggumu kekasihku
Hingga ke akhir hayatku



Berikanlah kesempatan
Meluahkan perasaan
Tenang saja bisa lapang
Membuktikan kerinduan


Kekasihku tiap waktu merindumu hingga terlena dibuai waktu
Menunggumu kekasihku sehingga keakhir hayatku


Ketikaku mendambakan belaianmu
Kan terasa hangatnya asmara
Kekasih berikanlah kesempatan
Membuktikan hati kerinduan
Membuktikan hati kerinduan



Friday, January 14, 2011

Apa Dah Jadi Nie???

Musykil.. Musykill.. Apa sudah jadi dengan aku? Nape aku tetiba ada perasan ni? Apa kejadahnya dah jadi dengan aku nie? Aku dah 7 tahun takde perasaan nie.. Kenapa tetiba aku tak senang duduk bila nampak dye? Nape aku leh tersentap bila dye tegur aku.. Adoi.. Apa ni.. Tak tau macam mana nak describe nie.. Fuhh..

Tuesday, January 11, 2011

Selamat Tinggal Cinta

Seperti yang kujangkakan.. Ia bakal berakhir.. Dan semalam semuanya sudah berakhir. Tamat sudah sebuah kisah cinta yang baru bermula. Dan aku tidak tahu bila aku akan bercinta lagi.. Biarlah takdir yang menentukan. aku yakin akan ada seorang insan yang bakal memiliki tahta sanubari ini. Biar apa jua rintangan, biar apa jua halangan dan biar segala kesunyian. Aku tahu Allah sudah ciptakan seorang insan yang bakal menakluk hati ini. Aku yakin pasti ada pengantinya. Aku sudah bersedia bersendiri lagi. Kerana saban tahun sudah aku menyendiri. Biar nanti puteri itu datang sendiri menakluk hati ini kerana aku sudah putus harapan mencari.

Selamat tinggal cinta... Bukan ku tak sayang.. Tapi inilah hidupku. Aku sudah letih dan lesu dalam menanti harapan pada insan lain. Biarlah aku meneruskan sisa-sisa hidup ini dengan sendiri. Biarlah andai ada nanti ia datang menghampiri. Kerana sudah ku letakkan segaris pelangi untuk diri ini dalam memiliki seseorang puteri. Pasti ada yang bakal menetapi setiap garis ini dan menakluk sanubari. Ku tidak memilih rupa dan harta. Cukup sekadar memiliki sebutir senyuman yang bisa menakluk kerajaan ini.

Adakah ada cinta lagi untukku??


Thursday, January 6, 2011

Berhenti Berharap

Setiap hembusan hari ini begitu lesu. Aku sedang memikirkan tentang seseorang yang rasakan sesuai dengan diriku. Walhal.. Hakikat yang sebenarnya aku memaksa diriku untuk bercinta lagi. Aku sakit. Sakit dalam menjadikan realiti sebagai satu litupan dalam mimpi. Sakit yang memberikan cinta dan harapan bahawa suatu hari nanti aku akan bahagia dengan insan yang ku pilih.

Tetapi hakikatnya, aku lupa bahawa aku insan yang tidak punya banyak masa dalam menjadikan seorang insan sebagai seorang puteri dalam hidup ini. Aku lemah dan mudah lesu dalam menjadikan impianku satu kenyataan. Kerana baru ia bermula, aku merasakan ia sudah terlambat. Aku letih. Aku penat dalam menanti seorang insan yang berubah untuk menjadi seorang puteri Kerana ia nyata tidak mungkin. Ia takkan berlaku dalam sekelip mata. Ia takkan berubah dengan satu teguran.

Dan ini keputusanku, Selamat Tinggal. Aku akan nyatakan. Aku tidak mahu memberi harapan, kerana aku sudah berhenti berharap. Cukuplah perkenalan singkat kita. Ku harap ada insan yang mampu membahagiakanmu. Kerana suatu masa aku rasa mampu. tetapi maafkan aku, kerana akhirnya aku sedar kelemahan diriku, aku tidak mampu menunggu. Aku insan yang terlalu tegar dan tidak punya masa dalam menanti sebuah harapan pada insan lain. Kerana harapan yang ada padaku sudah terlalu tinggi. Ampunkan aku. Selamat tinggal...


Tuesday, January 4, 2011

Letih dan diletihkan...


Kekadang aku tak faham dengan perempuan. Korang tak faham ke klu boyfriend atau suami korang letih. Dan diorang jumpa korang pukul 2,3 pagi sebab nak gembirakan hati diorang. Korang pulak sibuk citer pasal apa jadi kat korang. Kalau hal semasa takpe gak, ni hal 2,3 tahun lepas. Adui.. Letih la.. Tak payah la citer semua benda tue. Tak de kaitan ngan kita pun..

Urm.. Kekadang rasa letih jugak. Teringat dulu, bila aku de masalah atau tension time-time aku sibuk kat sekolah, si dia tak cakap apa pun. Duduk depan aku pastu senyum.. Pastu ayat yang keluar sepatah jer.. Awak sayang saya tak? Itupun dah cukup untuk aku ketawa. Membuat aku berfikir bahawa aku ada insan yang sentiasa akan memahami keadaan aku. Tapi sekarang.. Urmmmm.. Tak tau la..

Mungkin aku mencari yang terlalu sempurna. Atau mungkin aku nak membandingkan yang baru dengan yang sedang bertahta dihati. Ntah la. Tapi kenyataan nya, aku tak nak begini. Aku taknak bila aku berusah membuat dia tersenyum tapi mampukah dia membuat aku kembali senyum? Aku tak nak dengar citer yang mengarut-mengarut ni. Cukuplah aku nak jumpa, nak tanya khabar. Pastu aku nak digembirakan. Dibahagikan. Bukan didendangkan dengan citer-citer mengarut tue. Aku tak nak dengar sejarah 2-3 tahun lepas. Tolonglah...

Kat pejabat dah banyak benda aku pikir.. Benda-benda yang aku akan lakukan 2-3 tahun akan detang. Pastu bila jumpa dia aku kena plak dengar citer 2-3 tahun lepas. Adui.. Letih2.. Aku taknak menyakitkan hati sesiapa.. Aku tak nak memberi harapan.. Tapi kalau keadaan macam ni.. Jangan suatu hari nanti dikatakan aku kejam. Kerana aku tak pandai nak marah. Aku tau macam mana nak tegur. Tapi bila dah banyak kali.. Aku tau macam mana nak ucapkan selamat jalan.

Bukan aku kejam.. Bukan aku tak nak mengajar.. Bukan juga aku tak nak mendidik. Tapi aku tak punya masa. Aku terlalu sibuk. Dan aku tak sanggup menanti. Jadi. Tolong.. Sebelum segalanya berakhir.. Maafkan aku..



Wednesday, December 29, 2010

Bila Aku Berkemeja...

Aku sendiri dah tak ingat bila kali terakhir aku berkemeja. Dulu kalau kat sekolah la kot.. Tapi sepanjang aku bekerja, jarang sangat aku berkemeja. Mungkin berkemeja tue ada. Tapi tak de la ber'tie' ber'pin'. Dan hari ini bila aku berkemeja and bertie. Gila satu ofis. Macam nampak hantu.. Hahahaha... Semua orang nak tegur, yang paling best ada plak nak jadikan menantu.. Wahahaha.. Berat dah nie..

However its just a really good sight, i got a biggest day ever. Early in the morning, i see 5 guys from higher authority of government department. And guest what. Aku sorang je yang handle dorang. Hahahaha.. Bangga gak r.. Pastu aku jumpa orang yang nak sangat aku jumpa bile aku start kerja kat cni. Tan Sri Halim Saad. What a big day right? Hahaha.. Anyway, dye memang sempoi, slow and steady. Kagum gile bile tengok pejabat dye yang besar gile. Satu opis aku macam satu pejabat dye.. Pergh.. Gempak giler..

Journey aku tak habis lagi, malamnya aku jumpa senator Cambodia. Giler r... Gempak sit.. Hahaha.. Tapi apapun aku jumpa dye ngan bos aku. Mula-mula aku duduk diam jer. Macam setiausaha terhormat. Tapi last2, aku yang ambik alih. Benggang jer bos aku. Urm.. Apapun......

Aku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberikan aku peluang untuk berjupa dengan orang-orang ini. Rasanya tanpa limpah kurniaNya aku tak mungkin dapat buat benda ni semua dalam usia aku yang muda nie. Kadang kala, takut jugak aku kalau tetiba aku ni terover, tapi insyaAllah, aku sentiasa akan ingat pesan ma dan abah, agar sentiasa berpijak di bumi yang nyata..



Tuesday, December 28, 2010

Ku Doakan Kau Bahagia

Hidup ini tidak pernah adil bukan?? SALAH tue!! Menolak qada dan daqar Allah s.w.t. Tapi aku tak tau kenapa itu tidak boleh diterima oleh diri ini. Aku tetap tidak dapat menerima bahawa aku kehilanganmu. Aku tetap tidak dapat menerima bahawa engkau bakal TUNANGan orang.. Wargggggggggg... Adakah ini satu kenyataan?? Adakah ini suatu takdir yang telah tersirat? Yang telah ditetapkan olehNya? Ya.. Mungkin ini kenyataannya. Kenyataan sepahit mana pun terpaksa aku terima..

Namun, jauh disudut hati ini, aku gembira. Kau akhirnya menemui seorang insan yang boleh membahagikanmu. Aku hanya mampu berdoa agar inilah kebahagianmu yang kau cari. Inilah rasa cinta yang berkekalan buatmu hendaknya. Biarlah aku menangis atau berdiam diri atau menyesali setiap perbuatan. Namun aku tetap dan akan terus mendoakan kau bahagia.

Ku benar-benar berharap agar inilah jodohmu. Aku benar-benar berharap agar dia mampu membahagiakanmu. Aku yakin dan percaya inilah pilihan hatimu..Dan jagalah ia sebaik mungkin. Berikanlah cinta padanya. Jagalah ia sebaik mungkin. Doaku akan kekal bersamamu..

Ayang,
Selamat berbahagia sayang. Doaku sentiasa mengiringi lagkahmu..



Thursday, December 23, 2010

Kecewakah aku dengan diri sendiri??

Aku tak tahu bagaimana nak ungkapkan perasaan aku sekarang nie.. Rasa kecewa yang terlalu menebal hingga aku tak dapat meluahkan dengan kata-kata. Tapi aku harus meluahkannya takut aku tak dapat membendungnya. Ya.. Memang satu masa aku merasakan aku patut punya teman namun aku tak tahu, aku tak bahagia. Aku rasa bosan. Aku tak tahu apa sudah jadi dengan diriku. Sampai suatu masa aku merasakan aku tak memerlukan sesiapa dalam hidup ni. Cukuplah kawan-kawan biasa sahaja. Aku tak mampu, tak mampu melupakan dirimu. Aku tak dapat mencari seseorang yang setanding denganmu.

Kelembutanmu, manis tutr bicara mu bagaikan tak dapat luput dari ingatanku. Kadang kala aku terfikir adakah aku tak mungkin dapat melupakan setiap kenangan itu? Adakah mungkin aku tak mampu lagi hidup bahagia setelah bahagia ku dengan dirimu? Aku bingung.. Bingung dengan keadaan diriku. Apakah yang aku mahukan?

Aku ingin bahagia. Bahagia dalam erti kata yang sebenarnya. Bahagia dengan memiliki seorang insan sepertimu. Namun dimana harus kucari. Aku mencuba untuk menyayanginya, namun baru beberapa ketika aku rasa bosan. Aku tak dapat bertahan. Mungkin aku kata aku sayang padanya di'sms' atau dibibir ketika berhadapan dengannya. Tapi ketika aku bersedirian aku sedih. Ingatanku tak dapat lari dari mengingatimu. Ingatan ku tak dapat melupakan kenangan kita. Apa yang harus aku lakukan? Aku buntu. Benar-benar buntu.

Tiadakah insan lain didunia ini yang mampu mengubat kekecewaan ini. Atau adakah aku akan sentiasa bersendirian dan kecewa dengan apa yang aku harapkan.

Monday, November 15, 2010

Letihnya Badan

Gila r tak cukup tidur.. Semalam tak tidur.. Penat kepala pikir setiap masalah.. Dari kerjaya, peribadi dan masa depan. Kengkadang kecewa dengan hidup tetapi bila di mengingati bahawa aku disayangiNya, aku kembali mengumpul kekuatan. Kekuatan untuk terus meneruskan hidup. Disetiap liku dan ranjau yang harus aku hadapi dalam mengejar dan mengecapi kejayaan.Tidak kira apa yang berlaku. Aku tetap akan meneruskan kehidupan seharianku. Biar apapun mereka kata atau ingin bicarakan, ini hidupku.. Ikut suka aku la..

Tapi memang itu realiti bahawa ini hidup aku. Setiap yang berlaku aku harus hadapi segalanya sendirian. Biar apa jua yang terjadi, apa jua yang ku hadapi, inilah realiti bahawa aku harus dan tetap menghadapinya. Hari ni tak tidur lagi. Tapi ini matlamatku, mengejar kejayaan dalam hidup. Mengejar impian yang tidak pernah dibayangkan oleh insan lain. Kerna aku yakin dan percaya Allah itu sayangkan aku. Aku sentiasa dilindungiNya dan petunjuknya sentiasa bersamaku.

Alhamdulillah sudah hampir 2 dekad aku hidup dimuka bumiNya. Melimpah-limpah rahmat yang telah diberikan kepadaku. Tidak terhitung dan tak terbalas olehku. Dan kekadang ku merasakan diriku ini amat hina disisiNya. Tapi itulah hakikat yang aku terima dan redha. Aku insan kerdil yang lemah tak berdaya. Dan tak sanggup aku untuk membandingkan diriku.

Biar.. Biar apa jua kata mereka. Hidupku, Matiku, Rukukku dan Sujudku hanya untukMu ya Allah. Berkatilah hidupku. Bantulah hambaMu yang hina ini. Ameen..

Sebutir Permata DiKeliling Kaca

Tak pernah dapat ku bayangkan betapa hati ini perit dalam menjalani hidup seharian. Betapa aku keletihan dalam menjalani tugas seharian. Walaupun banyak yang menyatakan aku patut berehat.. Patutkah aku berehat? Kerana tugasku belum selesai. Ini bukanlah tugas mudah yang boleh dibiarkan tanpa hari yang tidak aku memikirkan tentang kerja. Jadi walau bagaimana keadaan sekalipun aku tetap dan terus menerus mengerjakan kerja ku ini sampai suatu masa yang bila mana aku dapat melihat hasilnya dan pada ketika itu aku akan bercuti untuk beberapa masa. Kerana disitulah letaknya kepuasan diriku. Suatu hari nanti aku pasti, aku akan mencapainya. InsyaAllah.

Namun bukan itu yang aku ingin coretkan. Tetapi suatu kejadian yang tidak pernah kusangkakan dalam hidupku yang akan terjadi sekali lagi. Mungkin inilah yang dikatakan takdir dari Illahi dan aku percaya dan yakin inilah takdirNya. Tidak pernah aku terfikir untuk menyayangi insan lain selainmu. Namun selepas suatu malam bila mana aku tahu kau bahagia dan akan mengikat tali pertunangan dengan seorang insan, aku jadi kelam. Tanpa arah aku menuju ke destinasi yang tak juga aku ingati. Namun apa yang bermain di fikiranku ketika itu, akan terus dan tetap tersemat disanubariku..

Entah dari mana aku merasakan aku harus membiarkan dirimu bahagia. Biarlah kau lalui apa jua keadaan liku hidupmu. Dan aku tetap akan terus memerhati keadaanmu dari jauh sebagaimana yang sedang aku lakukan sekarang. Aku tetap tega menjadi insan yang sentiasa bersedia mendengar apa jua khabar dan berkongsi segalanya dengan dirimu. Namun apa yang bakal berubah adalah aku tidak akan menunggu lagi. Aku jua harus memikirkan tentang masa depanku. Aku jua memerlukan satu bahu untuk menjadi tempat untuk aku menangis. Satu tangan yang akan mengangkatku jika aku jatuh kerana aku tidak mampu lagi menanggung segala keadaan dan tekanan yang aku hadapi. Segala tugas dan bebanan ini harus ada tempat untuk ku luahkan. Dan aku sedar aku tidak akan mampu lagi untuk sering menganggu mu bila aku memerlukannya.

Sungguh aku kecewa. Penantianku tak jua membuahkan hasil. Namun aku gembira sekurang-kurangnya aku mampu menunaikan kata-kataku untuk menunggumu sehingga kau benar bahagia. Dan aku pasti sinar bahagia itu akan menjadi milikmu. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih akan kebenaran dan terima kasih atas pengalaman. Kini aku bakal membuka lembaran baru. Mencari sebutir permata dikeliling kaca. Aku harapkan aku berjaya menemuinya. Kerana aku sedar walau bagaimana permata yang aku temui nanti tidak akan sama dengan kilauanmu.



Tuesday, November 2, 2010

Selamat Tinggal

Selamat tinggal kenangan. Aku rasa sudah tiba masanya aku mengucapkan selamat tinggal padanya. Tidak lagi aku mampu memikirkannya. Sudah tiba aku melepaskannya dari hati ini. Cukuplah rasanya aku memain hatiku dan mereka. IzinMu ya Allah, aku merasakan sudah cukup untuk segalanya. Cukup dengan kenangan, cukup dengan harapan. Biarlah ku cari hidup dan cinta dunia yang baru. Biarlah aku merana mencari dari ku merana menanti. Hidupku peluh liku, penuh dugaan dan tidak mampu untuk bertahan. Aku memerlukan seseorang yang boleh berada disampingku, menemaniku dan membimbingku.

Ya Benar, aku lelaki. Tapi tidak semestinya aku tidak boleh dibimbingkan? Aku benar-benar memerlukan seseorang yang boleh membantuku. Menguruskan hidupku. Memerhati dan mengingatkanku. Entahlah.. Aku binggung, terlalu berat rasanya hidup ini tanpa seseorang. Dulu, mungkin kurangnya kesibukan ku menyebabkan aku sentiasa mengingatinya tapi kini tidak lagi. Aku bosan. Aku perlukan rehat. Aku perlukan seseorang.

"Ya Allah, ku tahu amat berat dosaku padaMu. Namun ya Allah, hambaMu yang kerdil ini memohon belas ihsanMu ya Allah"


Dalam Hatiku Menderita....



Monday, November 1, 2010

November Ini

Entah mengapa aku merasakan awalnya November ini begitu membosankan.. Dengan tugas yang sentiasa bertimbun di meja.. Kertas-kertas kerja yang tak pernah habis. Keadaan yang amat membosankan dipejabat.. Aku bosan, bosan dengan keadaan sekeliling yang sentiasa menekan dan memerlukan aku berfikir apa langkah seterusnya yang perlu aku lakukan tentang kerjaya dan perkembangan syarikat. Mungkin inilah tanggungjawab yang terbesar dalam sesebuah organisasi.

Memang dulu aku juga pernah memegang beberapa jawatan penting dan sentiasa sukses dalam setiap tugas. Namun ia cukup berlainan dari keadaan sekarang. Kerja.. Memang tak dapat ku akui aku seorang yang workaholic tapi tidaklah sampai lupa makan, minum, tidur dan hidup. Kadang kala aku tertanya juga dalam diri aku apakah pandangan orang nanti. "Tak de benda lain ke mamat ni nak buat selain pada kerja". Tapi akhirnya pendirian aku tetap utuh untuk mengejar cita-citaku. Biarlah aku dipandang serong atau apa jua pandangan sekali pun. Yang penting "Aku Tetap Aku".

Dalam tugas yang semakin bertimbun ni, aku rasakan sesuatu yang amat pelik tentang diri ini. Semakin hilang ingatan ku padanya. Pada insan yang sentiasa aku harapkan. Mungkin hati ini beku selepas bicara terakhir dengannya beberapa minggu lalu. Biarlah dia bahagia. Tidak perlu ku memujuk lagi rasanya. Mengapa ingin aku biarkan hati ini hancur setiap kali ku mendengar suaranya, ceritanya. Tapi itu pilihanku, tidak pernah aku salahkan dirinya. Namun aku tak mengerti, mengapa tiba-tiba kurasa hilang semua keinginan itu, kemana hilang harapan yang menggunung selama ini. Adakah sudah masanya Allah bukakan hatiku untuk menyayangi seorang insan lain.


Mengapa tiba-tiba aku merasakan ada bahagia yang bakal menanti hidup ini. Sentiasa aku rasakan ada satu tangan yang bakal menyambut tanganku. Meletakkanku ke sebuah bangku yang telah lama aku tinggalkan tetapi bangku disebelah dibiarkan kosong. Dia lantas duduk di lantai dan dilentokkan kepalanya dipahaku. Dan tiba-tiba ku rasakan kerusi di sebelahku hilang. Dan insan ini tersenyum memandangku dan membiarkan ku binggung. Entah apa maksud semua ini, tak dapat ku fahami.

Namun, biarlah ku biarkan rasa hati ini. Biarlah ku teruskan kerjayaku. Biar ku tuju cita-citaku. Andai benar ada yang tercipta untukku, aku redha dengan ketetentuanMu ya Illahi.

Salam Kenangan..



Friday, October 29, 2010

Berakhirnya Tragedi Oktober

Salam..

Lama rasanya jari ini tidak menari disini. Terlalu sibuk dengan tugas harian dan impian memilikimu.. Mungkin dari kejauhan tak siapa mengetahui mengapa aku terlalu memaksa diri ini untuk bekerja tanpa henti.. Mengabdikan seluruh masa dan zaman muda untuk mengejar sebuah cita-cita. Tapi tak siapa mengetahui kenapa dan mengapa aku berbuah demikian.. Biarlah ini tinggal rahsia yang hanya aku yang tahu...

Terlalu perit rasanya melalui Oktober.. Tidak kira bila dan dimana. Oktober pasti sebuah saat yang penuh liku dan jerih yang sukar diceritakan. Tak siapa dapat memberikan jawapannya. Dan yang pasti tak pernah pula aku bersunggut dan bertanya kenapa.. Sudah pasti bagi diriku inilah saat dimana Allah menguji kesabaran hambaNya ini yang kerdil dan hina.. Namun semuanya pasti berakhir selepas 26 Oktober.. Entah mengapa.. Mungkin inilah petanda bahawa dikau terlalu istimewa buatku..

Tidak mahu aku mengungkit Oktober itu.. Kerana kini sudah November. Satu bulan yang amat penting buatku pada tahun ini.. Inilah permulaan segala tugas pemasaran produk yang semestinya memerlukan aku menumpukan sepenuh masa untuk segalanya keatas tugasku ini.. Tidak mudah bekerja sebagai seorang yang merangkap tugas penting di sebuah syarikat yang sedang berkembang maju. Memikirkan semua ini kadang kala aku seperti mengeluh. Namun apabila tiba saat itu, aku pasti menghubungimu. Walaupun tiada lagi nada manja darimu. Namun cukup untukku menghilangkan segala penat lelah yang selama ini aku ikhtiarkan.

Tidak pernah aku faham kenapa hanya engkau seorang insan yang mampu menenangkanku. Tak kira berapa penat dan kritikal keadaanku pada sesuatu masa, apabila mendengarkan suaramu pasti aku sejuk dan kembali tenang. Syukurku pada Mu ya Allah kerana menemukan aku seorang insan yang sentiasa menenangkan aku dan sentiasa menyejukkanku. Terima kasih buatmu ayang kerana setia mendengar walaupun pada hakikatnya aku mengharapkan kau masih bersamaku.

Kalam akhir sebelum ku menutup kalam ini, ku harapkan kau bahagia dan selamat senantiasa. Aku harapkan kau tetap akan mampu mendengar dan menyejukkanku.. Terima kasih ayang..