Monday, November 15, 2010

Sebutir Permata DiKeliling Kaca

Tak pernah dapat ku bayangkan betapa hati ini perit dalam menjalani hidup seharian. Betapa aku keletihan dalam menjalani tugas seharian. Walaupun banyak yang menyatakan aku patut berehat.. Patutkah aku berehat? Kerana tugasku belum selesai. Ini bukanlah tugas mudah yang boleh dibiarkan tanpa hari yang tidak aku memikirkan tentang kerja. Jadi walau bagaimana keadaan sekalipun aku tetap dan terus menerus mengerjakan kerja ku ini sampai suatu masa yang bila mana aku dapat melihat hasilnya dan pada ketika itu aku akan bercuti untuk beberapa masa. Kerana disitulah letaknya kepuasan diriku. Suatu hari nanti aku pasti, aku akan mencapainya. InsyaAllah.

Namun bukan itu yang aku ingin coretkan. Tetapi suatu kejadian yang tidak pernah kusangkakan dalam hidupku yang akan terjadi sekali lagi. Mungkin inilah yang dikatakan takdir dari Illahi dan aku percaya dan yakin inilah takdirNya. Tidak pernah aku terfikir untuk menyayangi insan lain selainmu. Namun selepas suatu malam bila mana aku tahu kau bahagia dan akan mengikat tali pertunangan dengan seorang insan, aku jadi kelam. Tanpa arah aku menuju ke destinasi yang tak juga aku ingati. Namun apa yang bermain di fikiranku ketika itu, akan terus dan tetap tersemat disanubariku..

Entah dari mana aku merasakan aku harus membiarkan dirimu bahagia. Biarlah kau lalui apa jua keadaan liku hidupmu. Dan aku tetap akan terus memerhati keadaanmu dari jauh sebagaimana yang sedang aku lakukan sekarang. Aku tetap tega menjadi insan yang sentiasa bersedia mendengar apa jua khabar dan berkongsi segalanya dengan dirimu. Namun apa yang bakal berubah adalah aku tidak akan menunggu lagi. Aku jua harus memikirkan tentang masa depanku. Aku jua memerlukan satu bahu untuk menjadi tempat untuk aku menangis. Satu tangan yang akan mengangkatku jika aku jatuh kerana aku tidak mampu lagi menanggung segala keadaan dan tekanan yang aku hadapi. Segala tugas dan bebanan ini harus ada tempat untuk ku luahkan. Dan aku sedar aku tidak akan mampu lagi untuk sering menganggu mu bila aku memerlukannya.

Sungguh aku kecewa. Penantianku tak jua membuahkan hasil. Namun aku gembira sekurang-kurangnya aku mampu menunaikan kata-kataku untuk menunggumu sehingga kau benar bahagia. Dan aku pasti sinar bahagia itu akan menjadi milikmu. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih akan kebenaran dan terima kasih atas pengalaman. Kini aku bakal membuka lembaran baru. Mencari sebutir permata dikeliling kaca. Aku harapkan aku berjaya menemuinya. Kerana aku sedar walau bagaimana permata yang aku temui nanti tidak akan sama dengan kilauanmu.



Tuesday, November 2, 2010

Selamat Tinggal

Selamat tinggal kenangan. Aku rasa sudah tiba masanya aku mengucapkan selamat tinggal padanya. Tidak lagi aku mampu memikirkannya. Sudah tiba aku melepaskannya dari hati ini. Cukuplah rasanya aku memain hatiku dan mereka. IzinMu ya Allah, aku merasakan sudah cukup untuk segalanya. Cukup dengan kenangan, cukup dengan harapan. Biarlah ku cari hidup dan cinta dunia yang baru. Biarlah aku merana mencari dari ku merana menanti. Hidupku peluh liku, penuh dugaan dan tidak mampu untuk bertahan. Aku memerlukan seseorang yang boleh berada disampingku, menemaniku dan membimbingku.

Ya Benar, aku lelaki. Tapi tidak semestinya aku tidak boleh dibimbingkan? Aku benar-benar memerlukan seseorang yang boleh membantuku. Menguruskan hidupku. Memerhati dan mengingatkanku. Entahlah.. Aku binggung, terlalu berat rasanya hidup ini tanpa seseorang. Dulu, mungkin kurangnya kesibukan ku menyebabkan aku sentiasa mengingatinya tapi kini tidak lagi. Aku bosan. Aku perlukan rehat. Aku perlukan seseorang.

"Ya Allah, ku tahu amat berat dosaku padaMu. Namun ya Allah, hambaMu yang kerdil ini memohon belas ihsanMu ya Allah"


Dalam Hatiku Menderita....



Monday, November 1, 2010

November Ini

Entah mengapa aku merasakan awalnya November ini begitu membosankan.. Dengan tugas yang sentiasa bertimbun di meja.. Kertas-kertas kerja yang tak pernah habis. Keadaan yang amat membosankan dipejabat.. Aku bosan, bosan dengan keadaan sekeliling yang sentiasa menekan dan memerlukan aku berfikir apa langkah seterusnya yang perlu aku lakukan tentang kerjaya dan perkembangan syarikat. Mungkin inilah tanggungjawab yang terbesar dalam sesebuah organisasi.

Memang dulu aku juga pernah memegang beberapa jawatan penting dan sentiasa sukses dalam setiap tugas. Namun ia cukup berlainan dari keadaan sekarang. Kerja.. Memang tak dapat ku akui aku seorang yang workaholic tapi tidaklah sampai lupa makan, minum, tidur dan hidup. Kadang kala aku tertanya juga dalam diri aku apakah pandangan orang nanti. "Tak de benda lain ke mamat ni nak buat selain pada kerja". Tapi akhirnya pendirian aku tetap utuh untuk mengejar cita-citaku. Biarlah aku dipandang serong atau apa jua pandangan sekali pun. Yang penting "Aku Tetap Aku".

Dalam tugas yang semakin bertimbun ni, aku rasakan sesuatu yang amat pelik tentang diri ini. Semakin hilang ingatan ku padanya. Pada insan yang sentiasa aku harapkan. Mungkin hati ini beku selepas bicara terakhir dengannya beberapa minggu lalu. Biarlah dia bahagia. Tidak perlu ku memujuk lagi rasanya. Mengapa ingin aku biarkan hati ini hancur setiap kali ku mendengar suaranya, ceritanya. Tapi itu pilihanku, tidak pernah aku salahkan dirinya. Namun aku tak mengerti, mengapa tiba-tiba kurasa hilang semua keinginan itu, kemana hilang harapan yang menggunung selama ini. Adakah sudah masanya Allah bukakan hatiku untuk menyayangi seorang insan lain.


Mengapa tiba-tiba aku merasakan ada bahagia yang bakal menanti hidup ini. Sentiasa aku rasakan ada satu tangan yang bakal menyambut tanganku. Meletakkanku ke sebuah bangku yang telah lama aku tinggalkan tetapi bangku disebelah dibiarkan kosong. Dia lantas duduk di lantai dan dilentokkan kepalanya dipahaku. Dan tiba-tiba ku rasakan kerusi di sebelahku hilang. Dan insan ini tersenyum memandangku dan membiarkan ku binggung. Entah apa maksud semua ini, tak dapat ku fahami.

Namun, biarlah ku biarkan rasa hati ini. Biarlah ku teruskan kerjayaku. Biar ku tuju cita-citaku. Andai benar ada yang tercipta untukku, aku redha dengan ketetentuanMu ya Illahi.

Salam Kenangan..



Friday, October 29, 2010

Berakhirnya Tragedi Oktober

Salam..

Lama rasanya jari ini tidak menari disini. Terlalu sibuk dengan tugas harian dan impian memilikimu.. Mungkin dari kejauhan tak siapa mengetahui mengapa aku terlalu memaksa diri ini untuk bekerja tanpa henti.. Mengabdikan seluruh masa dan zaman muda untuk mengejar sebuah cita-cita. Tapi tak siapa mengetahui kenapa dan mengapa aku berbuah demikian.. Biarlah ini tinggal rahsia yang hanya aku yang tahu...

Terlalu perit rasanya melalui Oktober.. Tidak kira bila dan dimana. Oktober pasti sebuah saat yang penuh liku dan jerih yang sukar diceritakan. Tak siapa dapat memberikan jawapannya. Dan yang pasti tak pernah pula aku bersunggut dan bertanya kenapa.. Sudah pasti bagi diriku inilah saat dimana Allah menguji kesabaran hambaNya ini yang kerdil dan hina.. Namun semuanya pasti berakhir selepas 26 Oktober.. Entah mengapa.. Mungkin inilah petanda bahawa dikau terlalu istimewa buatku..

Tidak mahu aku mengungkit Oktober itu.. Kerana kini sudah November. Satu bulan yang amat penting buatku pada tahun ini.. Inilah permulaan segala tugas pemasaran produk yang semestinya memerlukan aku menumpukan sepenuh masa untuk segalanya keatas tugasku ini.. Tidak mudah bekerja sebagai seorang yang merangkap tugas penting di sebuah syarikat yang sedang berkembang maju. Memikirkan semua ini kadang kala aku seperti mengeluh. Namun apabila tiba saat itu, aku pasti menghubungimu. Walaupun tiada lagi nada manja darimu. Namun cukup untukku menghilangkan segala penat lelah yang selama ini aku ikhtiarkan.

Tidak pernah aku faham kenapa hanya engkau seorang insan yang mampu menenangkanku. Tak kira berapa penat dan kritikal keadaanku pada sesuatu masa, apabila mendengarkan suaramu pasti aku sejuk dan kembali tenang. Syukurku pada Mu ya Allah kerana menemukan aku seorang insan yang sentiasa menenangkan aku dan sentiasa menyejukkanku. Terima kasih buatmu ayang kerana setia mendengar walaupun pada hakikatnya aku mengharapkan kau masih bersamaku.

Kalam akhir sebelum ku menutup kalam ini, ku harapkan kau bahagia dan selamat senantiasa. Aku harapkan kau tetap akan mampu mendengar dan menyejukkanku.. Terima kasih ayang..











Thursday, July 8, 2010

Sakit Kepala....

Dah berapa hari sakit kepala ni.. Tak tau nape.. Banyak sangat berpikir pasal kerja.. Borink gile.. Hidup tak de benda lain skunk.. Kerja....,, Kerja....., Kerja.....,, Letih wooo... tapi ini lah minat aku. Nak menyudahkan misi ni.. Dalam jangkaan pekembangan kerja, aku anggarkan ada la dalam 6 bulan lagi.. Lepas 2 boleh la aku relax kejap sebab dah mampu ambik team.. Tapi leh rehat jap jer sebabnya lepas 2 nak ke australia plak... Pergh.. Sakit pale tol..

Tapi xper.. Sekurang-kurangnya dapat jugak aku lupakan tentang hidup aku. Tumpu pasal kerja sampai kekadang tak cukup tidur.. Lewat makan 2 da biasa.. Tapi apa leh buat.. Inilah impian dan harapan terakhir hidup aku. Aku nak berjaya sebelum awal tahun depan. Sebab aku tau aku kena jugak memiliki dia sebelum tengah tahun depan.

Waaa... Tak leh sambung dah.. Sakit kepala.. (To Be Continue)

salam sayang, salam sha3z forever





Sunday, June 27, 2010

Dalam Kelam Malam

Dah agak lama aku tak menulis.. Kesibukan kerja harian bagaikan mengunci seluruh pelusuk kehidupanku.. Jarang sungguh dapat aku merehatkan diri.. Melenturkan sedikit urat belulang ku.. Mahupun menghubungimu ayg.. Ya.. Mungkin sebulan tidak sampai sekali aku menghubungimu, namun hatiku tetap ingin menyatakan rindu ini padamu..

Suatu malam, tanggal 26 Jun 2010, sempat aku ke Negeri Sembilan. Memandu seorang diri menuju ke sana dengan harapan agar dapat aku merehatkan fikiranku, mengingati saat indahnya ketika aku berada di bawah bayu sang angin. Menghidup udara segar sang bayu, dan mendengar gisikan indah sang ombak. Tiba aku disana, tetap jua aku teringatkan tempat dimana nama kita dipahat. Tidak jua dapat aku memuaskan hatiku untuk menghirup segar angin tempat itu..

Tempat dimana namaku dan namamu dipahat di pohon rhu, dan hanya aku yang tahu dimanakah itu. insyaallah, akan ada suatu hari yang jika diizinkan Allah, ingin sekali aku membawa dirimu ke situ, bukan untuk mengharapkan engkau kembali ke pangkuanku. Cukup sekadar kau tahu bahawa begitulah dirimu dihatiku, umpama namamu dipohon rhu, kekal menitip di sanubariku, mengalir diurat darahku..

Teringat aku satu ketika, bila kita sama-sama berkelah semasa sekolah dahulu, betapa aku rindu saat itu, sehingga tidak aku lupakan bagaimana indahnya saat itu. Dalam hati berdetik, apakah kau masih ingat tentang itu..

Oh angin, sampaikan salam rindu ini kepadanya. Detikkan hatinya supaya mengingatiku yang sesungguhnya tidak pernah melupakannya. Cukup bagiku sekiranya dia tahu bahawa hatiku tidak pernah berhenti mengingatinya. Biar apa jua rintangan hidupku biarlah aku menantinya walau hingga ke akhir hayatku..


salam sayang, salam sha3z forever

Monday, May 10, 2010

Love u, ayg

7 May 2010 (Jumaat)- Hari paling indah selepas 4 tahun aku menunggu. Alangkah bahagianya hari ini kerana ini lah saat aku melepaskan sedikit rasa hati yang amat terpendam untuk mu. Hari ini aku menemuimu seperti yang kita janjikan. Terima kasih kerana masih sudi menemuiku walau tiada lagi ikatan antara kita. Namun aku tahu kau masih menganggapku seorang insan yang gagal dalam mengalas tanggungjawab yang telah engkau berikan. Namun aku harap kau maafkan aku dan sudi menerimaku kembali.

Terkejut aku melihatmu tika itu, kerana kau benar-benar tidak seperti yang aku temui setahun lalu. Susuk badanmu benar-benar susut. Mengapa ayg, apa yang terjadi padamu? Adakah sesuatu hal yang tidak engkau nyatakan padaku? Atau adakah sesuatu berlaku padamu? Namun mendengar penjelasanmu membuatkan aku faham apa yang terjadi namun sejujurnya aku menyalahkan diri ku. Gagal membahagiakanmu. Jelas terlukis diwajahmu betapa engkau sunyi dalam hidupmu dan betapa engkau letih dalam pengorbananmu. Namun aku berharap saat itu, kau punya teman untuk berbicara. Aku harap aku boleh menjadi pendengar setiamu walau jarak memisahkan kita.

Tak terkira terima kasihku padamu kerana itulah yang dapat aku nyatakan. Perasaan yang tak tergambar dihati, betapa aku bersyukur masih dapat berhadapan denganmu, bagaimana mulianya engkau ku anggap terletak di puncak hati, dan tak salah rasanya tempat itu teristimewa untukmu selama ini. Dan pastinya tidak ada penganti untuk itu. Walau apa jua keadaan kita, ketahuilah bahawa hanya engkau di sanubariku.

Tak terjangkau difikiranku bahawa engkau boleh mengajakku menghantar ibu bapamu ke lapangan terbang. Mungkin biasa bagimu atau sengaja aku tidak dapat membacanya, namun aku gembira. Gembira kerana kau bisa melakukannya. Kau nyata setulus yang aku kenali, kau nyata secantik aku dambakan. Dan carakau mengambil berat tentang keadaan ku yang belum pulang benar-benar menjatuhkanku. Benar-benar puteri yang lama aku inginkan.

Aku sendiri tidak tahu apayang aku coretkan. Mungkin kerana terlalu gembira. Atau aku terlalu rindukanmu. Namun ingin jua aku coretkan ini..

Terima kasihh kerana membenarkan aku melafazkannya. Lafaz yang benar tak terungkap selama 4 tahun aku dambakan untuk mengunggapkan padamu. Terima kasih. Tapi aku tak tahu adakah ada kesan dihatimu, atau kau sekadar ingin melihatku gembira buat seketika. Namun ketahuilah bahawa ia tulus dari hatiku buatmu. Kerana memang benar aku menyesali setiap perbuatanku dan andai ada ruang inign aku menebusnya buat kali terakhir. Aku mohon dan aku pinta bukan sekadar padamu tetapi pada Allah agar terbuka hatimu untukku dan menyatukan kita dalam sebuah ikatan hakiki yang diredhai. Moga doaku dimakbulkannya.

salam sayang, salam sha3z forever